Islamic Calendar

Thursday, September 16, 2010

Di Hari Malaysia Ini, Marilah kita mengenang peristiwa Sabra dan Syatila


Tangal 16 september 2010, sudah 47 tahun penubuhan gagasan Malaysia. Pahit getir, suka duka dalam penubuhan negara bangsa Malaysia ini. Tarikh ini harus diingat sebagai tarikh keramat bagi setiap warga Malaysia, sama pentingya dengan 31 ogos.

Tetapi jangan dilupa, sebagai negara Islam, tarikh ini merupakan tarikh yang tragis, lagi menyedihkan iaitu pada tanggal 16-18 September 1982, berlaku peristiwa yang menyayat hati, iaitu penyembelihan beramai-ramai umat Islam di kem Sabra dan Syatila.

Dua peristiwa yang amat bersejarah ini, marilah kita menyambutnya dengan doa dan solat hajat agar negara Malaysia kekal aman dan rakyatnya bersatu atas nama Islam serta kita memohon agar Allah memberikan bantuan pada para mujahiddin seluruh dunia dalam menegakkan syiar Islam.

Islam akan bangkit di negeri-negeri timur dibawah naugan panji-panji hitam. Duhai bangsa seagama ku, hidup ini adalah perjuangan, jangan lah kalian lena dan alpa dengan keseronokan dunia yang penuh tipu daya. Berjihadlah di jalan-Nya.

No comments:

Post a Comment