Politik Malaysia, isu-isu yang akan menjadi tumpuan adalah isu-isu agama dan isu perkauman. Kebelakangan ini Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) ada menimbulkan isu tentang kebiadaban ahli parlimen Serdang, Teo Nie yang memasuki masjid tanpa menutup aurat dan ini seakan menghina Islam walaupun niat Teo Nie baik, untuk menyampaikan sumbangan kepada masjid.
Apabila isu ini dihebah-hebahkan. Jentera politik pembangkang membalasnya dengan mempersoalkan tentang kebiadaban beberapa wanita pemimpin negara yang tidak menutup aurat didalam masjid. Dengan pendedahan itu, pembangkang menggunakan modal agar pihak kerajaan tidak menggunakan isu ini untuk membedil pembangkang. Lihat photo dibawah:
Kalau dibandingkan dengan Teo Nie, ini lebih teruk. Kerana mereka dalam photo ini merupakan orang Islam, tahu buka aurat haram. Saya tak tahu la orang didalam photo ini pakai tudung ikut mazhab apa, tapi yang jelasnya sebagai penduduk di alam Melayu Nusantara, kita pengikut Mazhab Syafie, aurat perempuan harus ditutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Kita pergi kepada tajuk tentang hikmah disebalik teguran PERKASA. Saya ada terbaca artikel dalam selangor kini tentang cadangan Hasan Ali untuk membuat peraturan yang lebih terperinci tentang masuk masjid.http://www.selangorkini.com.my/my/berita/16660
Kita lihat dari sudut positif, teguran PERKASA membuat semua pihak membuka mata tentang peraturan dan adab untuk masuk masjid yang selama ini tidak diendahkan. Dengan adanya teguran, barulah pemimpin-pemimpin politik yang selama ini asyik bertekak dengan isu-isu politik remeh mengambil inisiatif untuk meningkatkan pengurusan sistem masjid khususnya negeri Selangor.
Akan tetapi, teguran PERKASA bagi saya agak kasar dan terburu-buru sehinggakan boleh menimbulkan salah faham tentang Islam. Orang yang bukan Islam akan melihat Islam ini tidak terbuka kerana tidak membenarkan orang bukan Islam masuk masjid jika dibandingkan dengan gereja.
Saya ingin menegaskan disini, tidak salah orang bukan Islam masuk masjid asalkan mengikut peraturan yang digaris pandu oleh Islam. Isu Teo Nie saya rasa bukan salah dia, ini disebabkan sistem pengurusan institusi masjid. Sepatutnya mereka lebih peka tentang ini contohnya memberikan Teo Nie jubah untuk menutup aurat seperti di masjid Putrajaya.
Saya harapkan kerajaan Negeri Selangor dan negeri-negeri lain dapat menaik taraf sistem pengurusan masjid agar orang bukan Islam boleh menyertai aktiviti-aktiviti masjid agar pemahaman mereka pada Islam lebih mendalam.
"ISLAM ITU SEJAHTERA"
No comments:
Post a Comment