Islamic Calendar

Showing posts with label general opinions. Show all posts
Showing posts with label general opinions. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

Nikmat Perasaan

Jika kita terasa gembira kita harus bersyukur,

Jika Kita terasa sedih kita harus bersyukur,

Jika kita terasa marah kita harus bersyukur,

Jika Kita terasa cinta kita harus bersyukur,

Kerana Allah memberikan satu nikmat yang besar, iaitu mempuanyai perasaan







Thursday, June 9, 2011

Clinical Diagnostic

It time for Industrial training !! One of elective course in Genetic and Molecular Biology Bsc. program of  University of Malaya. I choose this course for  completing my degree because perhaps I learn something that can increase my knowledge and experience.

Its true!! This industrial training like an oasis of knowledge.From 30 May 2011- 22 July 2011, my industrial training begin at Advanced Medical And Dental Institutes (AMDI)  . Generally my industrial training all about clinical diagnostic. Within 8 weeks, my task is to do lab rotation per week which diagnostic microbiology lab, histopathology and cytology lab, haematology lab, chemical pathology lab and lastly at genetic lab. from 6-8 weeks, this duration for mini-project.

The exposure to the clinical diagnostic give me an excitement. From the beginning, my education style always about theory. In University of Malaya, it has different approach, they related knowledge with research. But the exposure to clinical diagnostic makes me see the science world bigger. It make me feel every second in my routine life is about science.Besides that clinical diagnostic makes me more appreciate about how important to keep our body in good health!!!

Sunday, February 27, 2011

Education and correlation with cancer survival.

An interesting data that I get from American Cancer Society , which is the risk factor of prostate cancer can be divide by 3  categories; ages, ethnicity and socioeconomic among the American. In summary, the men with ages 50 years and above and African American are more likely to get prostate cancer.


In the socioeconomic, the study of death rates vary among the years of education especially, African American men. In the range of 25- 64 years of education, American Cancer Society found that  the death rate of African American men with 12 or fewer years of education was twice from the men more that 12 years education. In the white men, the rates with 12 years and fewer with more than 12 years is 1.5 times. 


By the data, its look like longer a person have education, more change to survive for prostate cancer. What exactly its means. In my opinion, longer they have education, they have increase their awareness in preventing cancer such as their food, lifestyle with smoking and alcohol free, early cancer diagnosed  with frequently medical check up and also have more understanding how the cancer cause, and the best treatment.



Saturday, February 26, 2011

Darah Rakyat

Darah rakyat masih berjalan
Menderita sakit dan miskin
Bila datangnya pembalasan
Rakyat menjadilah hakim


Ayuh! Ayuh!
Berjuang sekarang
Kemerdekaan sudah datang
Merah panji-panji kita
Merah warna darah rakyat
Merah warna darah rakyat



Mereka bersumpah pada rakyat
Kemiskinan pasti hilang
Kaum kerja akan membina
Dunia baru pasti datang
Dunia baru pasti datang



Ayuh! Ayuh!
Berjuang sekarang
Kemerdekaan sudah datang
Merah panji-panji kita
Merah warna darah rakyat
Merah warna darah rakyat






Wednesday, October 20, 2010

Ikhlas itu misteri

Kebelakangan ini saya banyak membaca tentang cerita-cerita tentang keajaiban ikhlas. Antaranya dart nota-nota rakan-rakan di facebook serta cerita-cerita dari mulut-mulut orang.

Yang terbaru, baru pagi tadi ketika sedang mengulangkaji human genetik, terbaca satu nota dari facebook dari kenalan agak mengharukan hati saya apabila nota itu menceritakan keikhlasan seorang budak berumur 11 tahun dalam mengedarkan risalah jalan ke syurga hingga dapat menyelamatkan seorang wanita dari membunuh diri dan memeluk agama Islam ( http://www.facebook.com/note.php?note_id=437569086946&id=1343475216&ref=mf)

Selain itu ada cerita tentang keikhlasan seorang  dalam menyampaikan dakwah dimana dia sentiasa membawa fikir bagaimana untuk mengislamkan salah satu kawasan yang penduduknya yang tidak ada langsung pendedahan tentang Islam. Sampainya dia di kawasan itu untuk menjalankan dakwah, tiba-tiba dia dipeluk oleh ang wanita. Apabila di tanya mengapa, wanita itu bermimpi bahawa jika datang lelaki ini kahwinilah dia dan ikutilah agamanya. Akhirnya lelaki itu mengislamkan wanita itu, keluaganya, mengahwiniya serta lama-kelamaan satu kawasan itu masyarakatnya memeluk Islam.

Sesunguhnya hak Allah untuk memberi hidayah. Bagaimana caranya terserah pada Allah. Fikir tentang dakwah, ikhlas semata-mata kerana Allah adalah maksud dan tujuan hidup seorang muslim.

Ikhlas juga kadangkala menukar persepsi seseorang. Ini adalah pengalaman sendiri. Ketika darah muda bergelora, pemahaman dan pemikiran diracuni oleh kem-kem motivasi yang mencucuh api perkauman menyebabkan bencinya terhadap kaum lain-lain meluap-luap. Terus-terang kem rhetorik orang tua yang berfikiran sempit yang mengatakan kaum itu memang kaum pengkhianat dan macam-macam lagi dan menyebabkan menghukum secara total kaum itu. Mungkin segelintir ada.

Ketika itu sedang habis membeli belah di pasaraya di ibu negara, berjalan ke stesen LRT, dalam hati apabila terpandang kaum itu, menyumpah dan memandangnya dengan pandangan benci. Tidak tahu macam mana, mungkin Allah nak beri petunjuk tentang keburukan sikap assabiyah ini, terjatuh dan menyebabkan barang-barang belian berterabur. Bergegas 1 pasangan kekasih kaum yang dibenci itu membantu saya.

Mungkin sedikit ikhlas dari mereka menyebabkan apabila saya pulang, saya berfikir sejenak tentang semangat perkauman yang melampau dalam diri adalah sia-sia. Saya mula berfikir, rasis adalah racun, Kita apabila hidup bersama dalam sebuah negara haruslah berdamai dan berkongsi. Bukan saling mencurigai yang membawa kepada kemusnahan pada negara disatu masa kelak.

Ketika itu saya mengubah persepsi saya bahawa prejudis terhadap bangsa lain melampau akan membawa padah. Sedikit nukilan dari hamba yang lemah.

Tuesday, October 5, 2010

3 Simple Tips to boost our brain

Our brain the  precious organ in our life. So sometimes we need do some routines to boost our brain. This is important especially to prevent diseases such as Alzheimer.



First step, learn a or some music instrument. Learning how to play an instrument brings about a dramatic brain changes that not only improve music skills but also other cognitive ability such as language,speech, memory, IQ and even empathy.  No wonder  during I was practice my guitar lesson, I feel my brain so heavy, ( not heavy like I do some mathematic homework), this is the process how the brain to develop. So for me, I need to start back my guitar lesson in order to boost my brain.



Second step, eat healthy food. Brains need some chemical to boost up the brain development. Brain's booster food such as raisins and vegetables help in increase our cognitive ability. Practice without support by food or chemical slower the brain development.


Third step, a little exercise. Exercises makes blood can flow enough to brain. The blood brings oxygen that important in cell respiration. Have a light exercise such as jogging or walking or plays some sports is good for our brain and also for our healthy. Just make yourself sweat.

Tuesday, September 21, 2010

Ada hikmah disebalik teguran PERKASA pasal isu masuk masjid Teo Nie


Politik Malaysia, isu-isu yang akan menjadi tumpuan adalah isu-isu agama dan isu perkauman. Kebelakangan ini Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) ada menimbulkan isu tentang kebiadaban ahli parlimen Serdang, Teo Nie yang memasuki masjid tanpa menutup aurat dan ini seakan menghina Islam walaupun niat Teo Nie baik, untuk menyampaikan sumbangan kepada masjid.




Apabila isu ini dihebah-hebahkan. Jentera politik pembangkang membalasnya dengan mempersoalkan tentang kebiadaban beberapa wanita pemimpin negara yang tidak menutup aurat didalam masjid. Dengan pendedahan itu, pembangkang menggunakan modal agar pihak kerajaan tidak menggunakan isu ini untuk membedil pembangkang. Lihat photo dibawah:


Kalau dibandingkan dengan Teo Nie, ini lebih teruk. Kerana mereka dalam photo ini merupakan orang Islam, tahu buka aurat haram. Saya tak tahu la orang didalam photo ini pakai tudung ikut mazhab apa, tapi yang jelasnya sebagai penduduk di alam Melayu Nusantara, kita pengikut Mazhab Syafie, aurat perempuan harus ditutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Kita pergi kepada tajuk tentang hikmah disebalik teguran PERKASA. Saya ada terbaca artikel dalam selangor kini tentang cadangan Hasan Ali untuk membuat peraturan yang lebih terperinci tentang masuk masjid.http://www.selangorkini.com.my/my/berita/16660

Kita lihat dari sudut positif, teguran PERKASA membuat semua pihak membuka mata tentang peraturan dan adab untuk masuk masjid yang selama ini tidak diendahkan. Dengan adanya teguran, barulah pemimpin-pemimpin politik yang selama ini asyik bertekak dengan isu-isu politik remeh mengambil inisiatif untuk meningkatkan pengurusan sistem masjid khususnya negeri Selangor.

Akan tetapi, teguran PERKASA bagi saya agak kasar dan terburu-buru sehinggakan boleh menimbulkan salah faham tentang Islam. Orang yang bukan Islam akan melihat Islam ini tidak terbuka kerana tidak membenarkan orang bukan Islam masuk masjid jika dibandingkan dengan gereja.

Saya ingin menegaskan disini, tidak salah orang bukan Islam masuk masjid asalkan mengikut peraturan yang digaris pandu oleh Islam. Isu Teo Nie saya rasa bukan salah dia, ini disebabkan sistem pengurusan  institusi masjid. Sepatutnya mereka lebih peka tentang ini contohnya memberikan Teo Nie jubah untuk menutup aurat seperti di masjid Putrajaya.

Saya harapkan kerajaan Negeri Selangor dan negeri-negeri lain dapat menaik taraf sistem pengurusan masjid agar orang bukan Islam boleh menyertai aktiviti-aktiviti masjid agar pemahaman mereka pada Islam lebih mendalam.

"ISLAM ITU SEJAHTERA"

Thursday, September 16, 2010

Di Hari Malaysia Ini, Marilah kita mengenang peristiwa Sabra dan Syatila


Tangal 16 september 2010, sudah 47 tahun penubuhan gagasan Malaysia. Pahit getir, suka duka dalam penubuhan negara bangsa Malaysia ini. Tarikh ini harus diingat sebagai tarikh keramat bagi setiap warga Malaysia, sama pentingya dengan 31 ogos.

Tetapi jangan dilupa, sebagai negara Islam, tarikh ini merupakan tarikh yang tragis, lagi menyedihkan iaitu pada tanggal 16-18 September 1982, berlaku peristiwa yang menyayat hati, iaitu penyembelihan beramai-ramai umat Islam di kem Sabra dan Syatila.

Dua peristiwa yang amat bersejarah ini, marilah kita menyambutnya dengan doa dan solat hajat agar negara Malaysia kekal aman dan rakyatnya bersatu atas nama Islam serta kita memohon agar Allah memberikan bantuan pada para mujahiddin seluruh dunia dalam menegakkan syiar Islam.

Islam akan bangkit di negeri-negeri timur dibawah naugan panji-panji hitam. Duhai bangsa seagama ku, hidup ini adalah perjuangan, jangan lah kalian lena dan alpa dengan keseronokan dunia yang penuh tipu daya. Berjihadlah di jalan-Nya.

Wednesday, September 1, 2010

Dilema Bulan Merdeka Bulan Ramadhan

 Kebelakangan ini ada sambutan kemerdekaan di kolej-kolej kediaman. Memang meriah suasananya dan diisi dengan pelbagai aktiviti bagi meningkat semangat patriotik.

Saya ada mendengar ada ucapan-ucapan dari pihak penganjur yang mengatakan bahawa "walaupun bulan kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadhan, kami cuba untuk membuat sambutan kemerdekaan". ucapan itu seolah menganggap bulan ramadhan merupakan satu penghalang.

"terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya" ucapan diatas seolah-olah mempersendakan agama Islam... sangat berbahaya.

bagaimana untuk menyambut kemerdekaan dibulan ramadhan? jawapanya mudah, buatkan aktiviti yang boleh membuat pengisian kedua-duanya dalam satu aktiviti,

Misalnya majlis solat hajat sempena kemerdekaan. Boleh dibuat seiiring dengan solat isyak, solat terawikh.

Ada menimbulkan bantahan, aktiviti tu macam perlibatan sesetengah pihak saje, kita kan 1Malaysia, kena penglibatan semua kaum dan agama....

jawapanya adalah solat hajat,terawikh kan habis dalam pukul 10 lebih mlm, sementara menunggu detik12 malam (di malam 30 august, countdown kemerdekaan) buatlah aktiviti serta hiburan sederhana yang melibatkan semua kaum serta berunsur patriotik,... Dingatkan hiburan yang ada kena mengena dengan kemerdekaan la... jangan sebab nak ramai orang datang, buat aktiviti yang tidak ada kena mengena semata-mata nak tarik ramai orang.

itu lari dari tujuan asal. jadinya bukan sambutan kemerdekaan, jadi sambutan Maksiat di bulan ramadhan. MashaAllah..