Kebelakangan ini ada sambutan kemerdekaan di kolej-kolej kediaman. Memang meriah suasananya dan diisi dengan pelbagai aktiviti bagi meningkat semangat patriotik.
Saya ada mendengar ada ucapan-ucapan dari pihak penganjur yang mengatakan bahawa "walaupun bulan kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadhan, kami cuba untuk membuat sambutan kemerdekaan". ucapan itu seolah menganggap bulan ramadhan merupakan satu penghalang.
"terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya" ucapan diatas seolah-olah mempersendakan agama Islam... sangat berbahaya.
bagaimana untuk menyambut kemerdekaan dibulan ramadhan? jawapanya mudah, buatkan aktiviti yang boleh membuat pengisian kedua-duanya dalam satu aktiviti,
Misalnya majlis solat hajat sempena kemerdekaan. Boleh dibuat seiiring dengan solat isyak, solat terawikh.
Ada menimbulkan bantahan, aktiviti tu macam perlibatan sesetengah pihak saje, kita kan 1Malaysia, kena penglibatan semua kaum dan agama....
jawapanya adalah solat hajat,terawikh kan habis dalam pukul 10 lebih mlm, sementara menunggu detik12 malam (di malam 30 august, countdown kemerdekaan) buatlah aktiviti serta hiburan sederhana yang melibatkan semua kaum serta berunsur patriotik,... Dingatkan hiburan yang ada kena mengena dengan kemerdekaan la... jangan sebab nak ramai orang datang, buat aktiviti yang tidak ada kena mengena semata-mata nak tarik ramai orang.
itu lari dari tujuan asal. jadinya bukan sambutan kemerdekaan, jadi sambutan Maksiat di bulan ramadhan. MashaAllah..
No comments:
Post a Comment