Tersebut al-kisah. Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yg panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya.Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu2 yg begitu banyak bertaburan. Ada org berkata, terowong ini kaya dgn emas dan berlian.Apa lagi. Ada org yg mula mengutip batu2 tersebut hingga penuh tangan. Ada yg guna kan baju utk dijadikan pemegang batu2. Ada juga yg tidak percaya dan tidak mengutip apa.
Setelah sekian lama berjalan dlm gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu2 yg mereka bawa.Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dlm samar2 mereka telah lihat, batu2 yg mereka bawa adalah betul2 emas dan berlian.Ada yg minta kebenaran dari Iskandar utk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.
Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera2 Iskandar
Semua menyesal. Tiada yg tak menyesal.
1. Paling menyesal ialah yg tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yg dibawa walaupun mempunyai peluang.
2. Yg bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dsb utk angkut emas dan berlian"
3. Yg bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain2 dari org lain. Aku patut gunakan mulut utk angkut emas berlian dsb dsb.
4. Yg paling menyesal juga yg mula2nya percaya. Tapi half way lepaskan batu2 kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas
Begitu lah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Tiada yg terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika tu roh kita meronta2 tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yg tidak baik ditunjukkan. Spt mereka yg meronta2 utk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran utk balik semula. Tapi bila roh di halqom sudah terlambat.
Bila sampai di akhirat, semua org akan menyesal. Yg soleh dan solehah menyesal kerana masa yg berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. Yang kadang2 soleh, kadang2 perangai mcm KAFFIR Laknatullah lagi lah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.
Org2 kafir lah yg paling menyesal. Terutama mereka yg dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih utk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dsb. Orang yg asal nya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Spt mereka yg mula2 kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti mereka lah yg paling menyesal.
Itu lah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dlm Surah Sajadah.
Ahli Neraka merayu pada Allah. 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia utk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar2 yakin.
Ditulis oleh pak cik saya Azhan Ali melalui status facebooknya : sebagai seorang mahasiswa juga menyesal selepas exam:
1- budak rajin dan genius merasa menyesal kerana masa yang dibuang untuk perkara-perkara lagha tidak digunakan untuk memahami ilmu dengan lebih supaya dapat first class degree atau 4.00 cgpa dan boleh dapat scholar penuh tuk sambung Phd
2- yang kadang-kadang belajar, kadang-kadang fly class pun menyesal gak pasal pointer cukup-cukup makan
3- yang asyik nk pi clubbing, terlalu sibuk dengan aktiviti-aktiviti bukan akademik,meniaga MLM selagi x cukup orang bwhn x nmpk btng hidung kt lecture, terlalu extreme bab politik kampus pun menyesal gak pasal member-member dah pesan.. enjoy enjoy jugak, belajar kena la jugak. memang politik tue penting tapi jangan sampai hilang tujuan masuk U... akhir sekali dapat la G.K (gagal keluar)
Demi Masa sesunguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, -pesan dengberpesan pesan dengan kebenaran berpesan kesabaran.
SEBAGAI PERINGATAN BUAT DIRI YANG SENTIASA LALAI DAN SENTIASA DALAM PENYELESALAN
No comments:
Post a Comment